DASAR HEM

MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berdisiplin, berdedikasi dan bertanggungjawab.
2. Melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang teguh, bersemangat patriotisme dan menjadi warga negara yang memberi sumbangan ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.
3. Mewujudkan semangat kekeluargaan di kalangan warga SMK Raja Perempuan tanpa mengira umur, kedudukan, bangsa dan keturunan.
4. Mewujudkan semangat kekitaan dan berdaya saing yang sihat.
5. Melahirkan murid yang dapat berfungsi sebagai individu yang seimbang.

OBJEKTIF PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Menanam sikap mematuhi peraturan dan undang-undang di kalangan pelajar.
2. Mempunyai sikap bertanggungjawab dalam segenap askek kehidupan di kalangan pelajar.
3. Memahirkan pelajar yang boleh mengurus masa dengan baik.
4. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang.
5. Melahirkan warga sekolah yang mempunyai semangat kekitaan yang kukuh untuk memelihara keceriaan dan kecantikkan sekolah.

DASAR HAL EHWAL MURID
 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid sekurang-kurangnya 4 kali.
 Minit setiap mesyuarat mesti mengikut PKPA Bil. 2/1991
 Mesyuarat bagi kes-kes pelanggaran disiplin dan kecemasan mesti diadakan dalam tempoh 24
jam selepas laporan diterima.
 Ke arah disiplin sifar
 Menyediakan laporan secara kronologi bagi kes pelanggaran disiplin .
 Hukuman bagi kesalahan disiplin mesti merujuk kepada Pekeliling Disiplin 1968 – 2002.
 Mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.
 Memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah.
 Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.
 Mengendalikan program orientasi pelajar.
 Memberi galakan dan pedoman agar murid berdikari.
 Mendedahkan pelajar terhadap sumber-sumber pengetahuan bermasyarakat.
 Mengeratkan hubungan antara instituti sekolah dengan ibu bapa.
 Mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya selaras dengan matlamat sekolah dan matlamat
pendidikan negara.
 Merancang dan melaksanakan program kendiri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri.
 Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri.
 Perancangan jadual kerja yang rapi mengikut jangka pendek dan jangka panjang.
 Pengelolaan program secara terperinci bagi menentukan kejayaan.
 Penyelarasan kerja staf bagi menjamin kelicinan perjalanan organisasi.
 Penyelarasan aktiviti untuk mengawal pembaziran masa, tenaga dan peruntukan.
 Proses penilaian program secara objektif.