DASAR KOKURIKULUM

Dasar Kokurikulum
DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

7.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran Guru Penasihat dan hendaklah dilantik secara bertulis.

7.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam tiga bidang berikut:-
- Unit beruniform
- Kelab/persatuan
- Sukan/permainan
7.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:-
- Membuat analisis SWOT, perancangan strategik pelan taktikal dan pelan operasi.
- Menggubal perlembagaan
- Melantik jawatankuasa
- Merekod kehadiran murid
- Membuat penilaian kokum 10 %
- Mengisi borang maklumbalas selepas sesuatu pertandingan/ penyertaan dalam tempoh masa seminggu
DASAR 2 : PENYERTAAN MURID
7.2.1 Semua murid diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut:-
- Unit Beruniform
- Kelab/persatuan
- Sukan/permainan
7.2.2 Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah. Setiap murid akan diberikan sekurang-kurangnya satu pilihan utama mereka.
7.2.3 Setiap murid diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan dijalankan berdasarkan jadual yang telah diberikan.
7.2.4 Murid-murid yang telah mendapat bantuan pakaian seragam perlu kekal dalam unit beruniform dan memakainya pada setiap hari Rabu.
7.2.5 Setiap hari Rabu, terdapat dua waktu diperuntukkan untuk perhimpunan khas Pasukan Unit Beruniform iaitu Perhimpunan Kokurikulum
7.2.6 Murid-murid yang mempunyai kemahiran/ kebolehan tertentu amat digalakkan menyertai kelab/persatuan yang berkaitan.
7.2.7 Murid yang bermasalah disiplin serius tidak akan dibenarkan untuk mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan atau aktiviti / sukan /kokum.
7.2.8 Keputusan pencapaian Kokurikulum akan dicatatkan pada slip keputusan akademik pada akhir tahun.
DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN
7.3.1 Perjumpaan bagi unit beruniform dan kelab/persatuan akan diadakan di sekolah pada hari seperti yang dijadualkan. ( Rujuk Jadual ), ( Sekiranya hujan, sila buat aktiviti dalam bilik darjah atau dewan untuk pembelajaran secara teori )
7.3.2 Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut.
- Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan
- Acara rasmi yang berlangsung di sekolah
- Atas arahan Pengetua / PPD / JPN/ KPM
7.3.3 Semua murid perlu memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing untuk aktiviti kokurikulum.
DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
7.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat Daerah dan Negeri adalah bergantung kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
7.4.2 Pihak sekolah akan berusaha untuk mencungkil dan memperkembangkan bakat murid ke tahap yang lebih tinggi melalui
- Latihan yang bersistematik
- Kelengkapan yang sempurna
- Pertandingan dalaman
- Penyertaan yang aktif
7.4.3 Murid akan diberikan elaun makan/ wang saku seperti berikut (tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa):
i. peringkat daerah RM 4.00 sehari
ii. peringkat negeri RM 10.00 sehari
iii. peringkat kebangsaan RM 20.00 sehari
iv. peringkat antarabangsa RM 30.00 sehari
Semua tuntutan harus dibuat selewat-lewatnya dua minggu selepas aktiviti / pertandingan.
DASAR 5 : PENGHARGAAN
7.5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui pertandingan seperti berikut :
Peringkat Pencapaian & Hadiah
Johan Naib Johan Tempat Ke-3
Daerah RM5 RM3 RM2
Negeri RM10 RM8 RM6
Kebangsaan RM15 RM12 RM10
Antarabangsa RM30 RM25 RM20
7.5.2 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui penyertaan seperti perkhemahan dan sebagainya :
Peringkat Hadiah
Negeri Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Kebangsaan Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Antarabangsa Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
7.5.3 Anugerah pencapaian terbaik keseluruhan untuk kategori seperti di bawah :
Bahagian Murid Lelaki Terbaik Murid Perempuan Terbaik Pasukan Terbaik
Sukan Permainan RM5 RM3 RM2
Kelab Persatuan RM5 RM3 RM2
Unit Beruniform RM5 RM3 RM2
7.5.4 Anugerah Pecah Rekod Dalam Sukan Tahunan Sekolah
Acara Hadiah
Perseorangan RM 5.00
Berpasukan RM 5.00 setiap peserta
7.5.5 Anugerah papan kenyataan/ keceriaan terbaik
Johan
Hadiah Alat Tulis